Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Freshner Kereta Pun Dibaca Al Quran 30 Juzuk


BARISAN produk yang menggunakan agama semakin bertambah bukan sahaja melibatkan makanan tambahan, air minuman, kismis atau buah-buahan sebaliknya dah melarat kepada alat aksesori kereta.

Manusia semakin gah menjauhkan diri dari amalam sunat membaca kitab suci Al-Quran dengan hanya menjual produk yang sudah dibacakan ayat suci itu demi untuk memelihara diri mereka dari musibah dan gangguan.

Produk dimaksudkan ialah alat haruman untuk kereta Energy Wave yang didakwa penjualnya boleh menghindari daripada gangguan makhluk halus dan sihir.

Salah satu ciri menarik bagi yang membeli dan memakai bauan ini ialah keselamatan diri dan kenderaan juga terpelihara ketika memandu kenderaan yang digelar kepada keselamatan tambahan.

Kepada anda yang kerap disogok perkara-perkara sebegini janganlah percaya, keselamatan diri takkan terbela atau terjaga dek kerana benda-benda khurafat begini.

Ikhtiar kita ialah menjaga solat, mengamalkan amalan sunat membaca Al-Quran seterusnya membaca ayat Qursi sebelum kita memandu dengan berhati-hati bagi mengelak kecelakaan.

Bukannya dengan membeli haruman ini, digantung dalam kereta kemudian memandu sambil lewa mengharapkan produk dibeli menjalankan fungsinya, mana ada macam tu. Semuanya pembohong.
ReadMore..

Selasa, 31 Desember 2013

Bakar Dan Rosakkan Kereta JPJ 3 Suspek Ditahan


3 Suspek Ditahan Dalam Kejadian Rosak Dan Bakar Kereta JPJ

IPOH – Polis menahan tiga orang bagi membantu siasatan kes kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung dirosak orang awam di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung dekat sini, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata mereka ditahan di kawasan berasingan hari ini dan semalam.
“Polis masih menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek dan akan menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari Sabtu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. -BERNAMA

ReadMore..