Tampilkan postingan dengan label usia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label usia. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Penduduk lanjut usia berbondong bondong memburu kondom untuk ubat

20 Sep 2013
Johannesburg - Para warga lanjut usia di Afrika Selatan berbondong-bondong memburu kondom. Namun kondom ini tidak digunakan sebagaimana mestinya, kerana hanya minyak pelumasnya saja yang diperlukan untuk mengatasi sakit tulang.

Warga lanjut usia di negara ini meyakini bahawa minyak pelumas yang ada pada getah kondom tersebut mampu membantu mengurangi rasa sakit akibat penyakit radang sendi yang mereka alami. Mereka mengoleskan minyak pada lateks tersebut ke bahagian yang sakit dan seketika hilanglah rasa sakit mereka.

"Ini adalah minyak nombor satu," tutur salah seorang warga lanjut usia, Elizabeth Moyo, sambil memperagakan cara pemakaian minyak tersebut. Demikian seperti dilaporkan media setempat Sowetan dan dilansir AFP, Jumaat (20/9/2013).

Biasanya, para warga lanjut usia ini menggunakan ubat berbentuk pil untuk mengubat radang sendi mereka. Namun, kerana ada cara lain yang, menurut mereka lebih ampuh, maka pil tersebut pun ditinggalkan.

"Saya muak dengan pil-pil itu," tegas Moyo.

Kondom tergolong mudah didapatkan di Afrika Selatan. Bahkan seringkali boleh didapatkan secara gratis, mengingat bahawa negara ini merupakan salah satu negara dengan tingkat infeksi HIV terbesar di dunia.

Menanggapi fenomena ini, pakr perubatan setempat menuturkan, belum ada bukti sah soal khasiat minyak pelumas pada kondom yang dikatakan mampu mengurangi rasa sakit pada sendi. Pakar perubatan setempat justru bimbang banyaknya kondom yang terbuang sia-sia dan tidak digunakan sebagaimana mestinya.

Penyakit radang sendi atau arthritis memang biasa dialami oleh kalangan lanjut usia. Penyakit ini memicu rasa sakit dan peradangan pada sendi-sendi tubuh penderitanya.
  Sumber:detikNews
ReadMore..

Jumat, 27 Desember 2013

Putera William Akan Botak Licin Menjelang Usia 40 Tahun


Putera William Akan Botak Licin Menjelang Usia 40 Tahun
LONDON : Bintang pop remaja, Justin Bieber mencetuskan kontroversi dengan berkata Putera William perlu mengambil Propecia untuk mengelak daripada terus botak.
Kini, seorang pakar pemindahan rambut terkenal begitu yakin William akan botak sama sekali di bahagian atas kepalanya apabila dia berusia 40 tahun. Doktor Asim Shahmalak berkata, Propecia boleh mengentikan keguguran rambut bakal pewaris takta Britain itu tetapi ia tidak dapat mengganti rambut yang sudah gugur.
Shahmalak yang menguruskan Crown Clinic di Manchester berkata: “William perlu mengambil Propecia sepanjang hidupnya dan ia tidak akan membantu rambut baru tumbuh.
“Kira-kira dua peratus pesakit yang memakan Propecia mengalami kesan sampingan seperti penurunan nafsu seks.” Beliau yang menjalankan pemindahan rambut terhadap Dr Christian Jessen dari siri Embarrassing Bodies terbitan Channel 4 berkata, William, 30, akan botak licin di atas kepala menjelang usianya 40 tahun jika tidak bertindak.
“William mengalami keguguran rambut sejak berusia 25 tahun. Keadaannya lebih teruk berbanding bapanya, Charles. Dan datuknya, Philip juga botak.
“Ia gen keluarga yang kuat. Ada kemungkinan besar, anak lelaki yang akan diperolehnya bersama Kate juga akan mewarisi gen botak itu, meskipun ia juga bergantung kepada gen rambut sebelah keluarga Kate.
“William mempunyai rambut coklat terang yang halus. Untuk mengembalikan rambut di atas kepalanya kepada peringkat yang agak lebat, beliau memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 hingga 4,000 akar rambut yang diambil di belakang kepala dan dialihkan ke atas kepala,” kata Shahmalak. – DM
ReadMore..