Tampilkan postingan dengan label pru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pru. Tampilkan semua postingan

Minggu, 29 Desember 2013

Putrajaya tarik balik pengharaman HINDRAF menjelang PRU 13


January 26, 2013
Surat KDN kepada P Waythamoorthy, menarik balik perintah pengharaman.
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik perintah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan kumpulan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) sebagai pertubuhan yang salah di sisi undang-undang, satu langkah dilihat untuk memenangi hati pengundi India dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 
 
Dalam sepucuk surat dihantar kepada pemimpin HINDRAF P Waythamoorthy, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) memberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri menarik balik perintah tersebut.
"Dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri setelah menimbangkan semula rayuan tuan untuk membatalkan Perintah Seksyen 5 bertarikh 14 Oktober 2008 yang mengatakan HINDRAF sebagai kumpulan yang berbahaya," menurut sepucuk surat yang ditandatangani pegawai RoS yang bernama Rasmond Das Michael Das.
Waythamoorthy menghantar surat tersebut melalui email kepada media petang tadi.

Penarikan larangan tersebut dilihat sebagai langkah Putrajaya memenangi hati pengundi India, di mana larangan ini ditarik sebelum sambutan Thaipusam dan beberapa bulan sebelum pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini.
Lima tahun lalu, 30,000 masyarakat India berdemonstrasi menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap lebih adil kepada masyarakat India.

Tetapi ramai pemerhati politik melihat dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lebih mesra untuk menawan semula hati golongan minoriti tersebut, menyebabkan BN memperoleh peningkatan undi dari kaum India dalam 13 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya 2008.
Sejak Pilihan Raya 2008 juga, pergerakan Hindraf yang bermula dari 25 November 2007 juga berpecah, di mana beberapa pemimpin cenderung menyokong BN atau terus bersama Pakatan Rakyat (PR), atau tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Pemerhati juga mendakwa Najib dan pemimpin BN mulai hilang keyakinan terhadap MIC, menyebabkan perdana menteri tersebut berhubung sendiri dengan masyarakat tersebut, yang terdiri dari 1.8 juta dari 28 juta penduduk Malaysia, di mana 800,000 berada dalam senarai daftar pemilih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata di Parlimen bahawa Najib sudah bersedia berbincang dengan HINDRAF berkenaan kebimbangan masyarakat tersebut.

Tetapi dalam temubual bersama setiausaha agung MIC Datuk S. Murugesan berkata tidak ada salahnya BN menang kerana “faktor Najib”, kerana sifat rendah diri beliau dapat memenangi semula hati pengundi India kepada BN.
“Jika kita mempunyai pemimpin dengan hati yang baik, dapat mendengar luahan dengan baik, dan minda yang baik, mereka akan undi kita.
“Jadi, ya, Najib adalah faktor penting dan saya tidak ada masalah dengan itu,” katanya lagi. TMI
ReadMore..

Rabu, 25 Desember 2013

PAS fail rayuan penolakan petisyen PRU di Perak

  • Bernama
  • Malaysiakini  Sep 10 2013
 
PAS mengemukakan rayuan terhadap penolakan petisyen pilihan raya melibatkan lima kerusi dewan negeri di Perak.

Peguam bersama yang bertindak bagi pihak parti itu, Gene Anand Vendragon, ketika dihubungi semalam mengesahkan bahawa pengurusan kes untuk rayuan bagi kawasan Rungkup, Manong dan Pasir Panjang telah ditetapkan pada Khamis.

Pengurusan kes bagi Lubok Merbau dan Selama ditetapkan 19 September.

PAS memenangi lima kerusi negeri, berbanding DAP 18 dan PKR lima dalam pilihan raya umum Mei lepas, dengan Barisan Nasional kini menguasai 31 daripada 59 kerusi dewan berkenaan.

Anand berkata PAS membuat rayuan terhadap kerusi kawasan itu di mana parti itu kalah dengan jumlah undi yang kecil antara 100 dan 500.

Peguam itu berkata semua petisyen itu ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Peguam utama Datuk Bastian Pius Vendragon akan mewakili pempetisyen di Mahkamah Persekutuan.

Sejumlah 58 petisyen difailkan oleh parti politik di Semenanjung Malaysia, bilangan tertinggi didaftarkan di Perak dengan 11 petisyen, diikuti oleh Kelantan dengan sembilan.

-Bernama
ReadMore..

Kamis, 19 Desember 2013

PAS Selangor turut umum deklarasi harta calon PRU

Harakahdaily

   11 Nov 2012
SHAH ALAM: Nampaknya cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta semakin mendapat sambutan di semua peringkat PAS.

Terkini, PAS Selangor turut mengumumkan bahawa akan memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Pemuda PAS yang bercadang untuk membuat deklarasi harta di kalangan exconya, walaupun tidak semuanya menjadi calon pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily berkata cadangan Pemuda PAS itu amat baik dan perlu disokong.

“Calon PRU-13 PAS Selangor juga akan turut serta membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat dan melawan Umno,” kata beliau.

Jumaat lepas, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Cadangan tersebut disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mustafa berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

Manakala, Tuan Ibrahim yang juga selaku Pesuruhjaya PAS Pahang mengumumkan bahawa calon PRU13 PAS Pahang akan turut serta membuat deklarasi harta.

“Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen,” kata Tuan Ibrahim.

Bagi Mustafa, beliau percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
ReadMore..