Kamis, 30 Januari 2014

HKR112 berjaya rakyat bakal ubah pada PRU13

Harakahdaily, 13 Jan 2013



KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengharapkan perubahan murni di atas 10 tuntutan yang diisytiharkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) petang semalam adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana itulah realiti yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.
Tambahnya, jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.

Beliau berkata, penganjur HKR tersebut harus dipuji bukan sahaja dari segi pengawalan keselamatan  yang dijalankan yang sangat rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa sebarang kekecohan.
“Kami memperakui bahawa tuntutan 10 perkara yang diisytiharkan adalah wajar sebagai komitment untuk memperbaikki kualiti hidup rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tuntutan itu juga adalah janji Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih kerajaan selepas PRU13, seharusnya menjadi komitmen rakyat untuk memastikan semua tuntutan itu dipenuhi oleh sesiapa pun yang akan membentuk kerajaan.

Katanya, deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu yang meliputi aspek proses pilihan raya, isu Felda, status pembangunan Sabah dan Sarawak, royalti petroleum, professionalisme kakitangan awam, alam sekitar, martabat bahasa Melayu, pembebasan tahanan ISA, mempertahankan kampung warisan dan kualiti hidup kaum wanita adalah tuntutan yang menyeluruh dan menyentuh soal kepentingan rakyat yang wajar diberi sokongan.

Justeru, ujarnya Mapim menyeru agar PRU13 yang akan diadakan seharusnya mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut dalam HKR itu dan bukan dengan melemparkan fitnah serta melagakan sentimen kaum dan agama.

Katanya lagi, rakyat perlu dididik untuk melaksanakan proses demokrasi dengan matang demi menjadikan negara ini lebih bermaruah .

“Dengan mendengar hujah dan penerangan secara langsung dalam HKR112 itu, sikap rakyat harus dihormati untuk membuat keputusan tanpa sebarang ugutan dan sogokan,” ujarnya.

Beliau menambah, HKR petang semalam telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk negara ini yang menunjukkan betapa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat .

“Sementara perhimpunan itu telah berjalan lancar dan membuktikan kematangan rakyat merayakan kebebasan bersuara dan berkumpul dengan aman, pihak kerajaan pula harus bersikap jujur supaya maklumat yang benar tidak diselewengkan hanya kerana mahu mengekalkan kuasa,” ujarnya.
ReadMore..

Rabu, 29 Januari 2014

Terowongan Air Termegah di Dunia

Terowongan air, sebagai penyedia air untuk kebutuhan rumah tangga atau irigasi bisa berada di bawah maupun atas tanah. Di beberapa tempat dunia ini, ada terowongan air yang menjulang tinggi membelah kota, seperti contohnya 6 terowongan menakjubkan ini.


1. Terowongan air Camaya
Terowongan air Camaya ini dibangun pada masa Raja Joao V (1706 – 1750) memerintah. Tujuannya adalah sebagai penyedia air ke kota Lisbon. Terowongan air ini memiliki 109 tiang yang berjajar dari ujung ke ujung. Tinggi penyangga terowongan air ini mencapai 65 meter.


2. Terowongan Air Vanvitelli
Terowongan air Vanvitelli ini dibangun oleh seorang arsitektur bernama Luigi Vanvitelli. Luigi membangun terowongan air ini atas perintah Raja Charles VII dari Naples untuk mensuplai kerajaan Caserta.


3. Terowongan Air Eagle
Terowongan air Eagle merupakan terowongan air yang memiliki konstruksi paling rumit di Spanyol. Terowongan air ini dibangun pada abad 1 Masehi.


4. Terowongan Air Santiago de Queretaro
Terowongan air Santiago de Queretaro ini terletak di Meksiko. Panjangnya adalah 1280 meter dan tingginya 20 meter. Terowongan air ini dibangun oleh Marquis Juan Antonio pada tahun 1738.


5. Terowongan Air Segovia
Terowongan air di Segovia yang merupakan terowongan air terpanjang peninggalan zaman Romawi. Letaknya di Eropa bagian barat, tepatnya di Segovia, Spanyol dan memiliki panjang 728 meter dengan ketinggian 28 meter.


6. Terowongan Air The Pont du Gard
Terowongan air “The Pont du Gard” adalah terowongan tertinggi peninggalan zaman romawi. Terowongan ini berdiri di atas Sungai Gardon di Prancis. Panjangnya adalah 275 meter dengan ketinggian 47 meter. Terowongan ini merupakan situs dunia yang dilindungi oleh UNESCO
 
 
 
sumber
ReadMore..

Rabu, 01 Januari 2014

Obama tunggu lampu hijau kongres serang Syria

SEBUAH pesawat tentera Amerika Syarikat berlepas dari pangkalan Incirlik, Turki semalam. Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau akan mendapatkan kelulusan Kongres sebelum menyerang Syria.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar kecil) menangguhkan tindakan ketenteraan ke atas Syria kelmarin kerana percaya beliau mampu memperoleh lebih banyak sokongan untuk menghukum rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Keputusan itu diputuskan Obama lewat kelmarin kerana beliau mahu anggota-anggota Kongres mempertimbangkan penggunaan kuasa ketenteraan terhadap Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia dalam serangan pada 21 Ogos lalu.

Perbincangan mengenai tindakan tersebut akan diputuskan selepas Kongres kembali bersidang pada 9 September ini.

Namun, Obama turut menegaskan bahawa beliau tetap mempunyai kuasa ketenteraan untuk menyerang Syria tanpa kebenaran Kongres.

Menurut pegawai di White House, penangguhan tersebut juga dilihat memberi peluang kepada Obama meraih sokongan antarabangsa.

Obama dilapor akan menyertai persidangan G20 pada minggu ini di Rusia yang bakal dibayangi krisis di Syria.

Namun, kredibiliti Obama mungkin tercabar jika Kongres tidak menyokong rancangan menyerang Syria seperti dialami sekutunya, Perdana Menteri Britain, David Cameron yang gagal dalam undian Parlimen berhubung usul sama.

“Pengerusi bersama ketua-ketua tentera telah memaklumkan kepada saya bahawa kita akan melancarkan serangan pada bila-bila masa.

“Tambahan pula, pengerusi telah memberitahu saya bahawa keupayaan kita untuk melaksanakan misi ini bukan pada masa sensitif. Ia akan berkuatkuasa sama ada esok, minggu depan atau sebulan dari sekarang,” tegas Obama ketika berucap di laman Rose Garden di White House.

Sekurang-kurangnya lima kapal perang AS dengan puluhan peluru berpandu Tomahawk telah tertumpu di timur Mediterranean untuk melancarkan serangan ke atas rejim Bashar.

Terdahulu, Perancis yang juga sekutu AS menyatakan kesediaannya untuk mengerahkan tentera dalam operasi di Syria.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penyiasat senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meninggalkan Syria kelmarin selepas melakukan siasatan selama empat hari berhubung dakwaan serangan kimia di pinggir bandar Damsyik.

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia yang dianggotai 13 penyiasat menyatakan bahawa keputusan analisis sampel yang diambil di lokasi kejadian mengambil masa hingga tiga minggu.

Jurucakap PBB juga berjanji pihaknya akan memberikan laporan adil selepas menjalani beberapa ujian makmal.

Sebuah pesawat milik Jerman membawa kumpulan penyiasat PBB berlepas ke Rotterdam, Belanda pada pagi kelmarin sebelum mereka dibawa ke The Hague.

Namun, Washington dan sekutu-sekutunya berkeras menyatakan mereka sudah mengetahui perkara yang perlu diketahui.

Menurut pentadbiran Obama, hasil maklumat perisikan yang boleh dipercayai mendakwa rejim Bashar melancarkan serangan kimia yang meragut 1,429 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak.
Syria menafikan bertanggungjawab terhadap dakwaan itu dan menuding kesalahan itu ke arah kumpulan penentang.

Lebih 100,000 orang terkorban sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011 dan kira-kira dua juta rakyat negara itu menjadi pelarian. – AFP
ReadMore..

Kepimpinan Beriltizam Dorong Kejayaan Felda


KUALA LUMPUR – Pembangunan tanah oleh Felda sehingga diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia bukanlah pencapaian yang mudah tanpa kepimpinan politik yang beriltizam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kejayaan yang dicapai oleh Felda itu bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ia memerlukan kepimpian politik yang beriltizam,” kata perdana menteri.

Usaha negara luar untuk meniru konsep pembangunan dan reformasi tanah yang dilakukan oleh Felda tidak pernah berjaya, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku bergambar ‘Meneroka Impian Mencapai Wawasan’ di sini Isnin.

Buku itu dilancarkan oleh ibu perdana menteri Tun Rahah Tan Sri Mohd Noah.

“Negara luar nak tiru konsep Felda tapi tak berjaya. Hantarlah orang Felda ke sana (negara luar) pun tak jadi juga,” katanya.

Menurut perdana menteri keupayaan membangunkan tanah-tanah peneroka dengan baik sejak lebih 56 tahun itu merupakan satu daripada lima kejayaan membanggakan Felda sehingga kini.

Beliau berkata kejayaan lain Felda yang boleh dibanggakan termasuk kemampuannya menangani kemiskinan terutama penduduk di luar bandar.

Katanya sehingga kini seramai 112,000 orang peneroka Felda telah berjaya dbawa keluar daripada garis kemiskinan.

“Pada awal kewujudannya…kemiskinan dalam kalangan peneroka adalah 70 peratus tapi sekarang empat peratus.

“Kalau orang kata orang Felda miskin…orang dah tak percaya. Peneroka Felda dah tak ada rupa orang miskin sekarang,” kata Najib.

Perdana menteri turut menyifatkan kewujudan pusat pertumbuhan baharu di luar bandar sebagai kejayaan ketiga Felda sepanjang penubuhannya kerana ia mustahil untuk diwujudkan jika tiada kuasa pembeli.

“Keempat…kejayaan beri peluang kepada generasi kedua, sehingga hari ini ramai bekerja bukan sahaja dalam kerajaan, malah dalam sektor swasta bahkan ada yang jadi wakil rakyat”, katanya.

Mengenai kejayaan kelima Felda, Najib berkata ia terbukti menerusi transformasi yang dilakukannya daripada sebuah badan pembangunan tanah kepada badan menjana kekayaan.

“Kemuncaknya ialah bila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun lepas (2012). Tawaran awam permulaan (IPO) FGV adalah yang ketiga terbesar di dunia”, katanya.

Pada majlis itu Najib turut menyatakan komitmennya untuk meneruskan perjuangan Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein serta legasinya dalam membangunkan Felda.

“Legasi 50 tahun akan datang Felda akan lebih berjaya…inilah harapan saya…wawasan kita,” katanya. – BERNAMA
ReadMore..